Rancangan Harian


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERASASKAN OBJEKTIVISME

 

TARIKH/HARI         : 17 Oktober 2012

MASA                        : 7.00-8.00

KELAS                       : Tahun 1

BIL. PELAJAR          : 26 orang

MATA PELAJARAN : Bahasa Malaysia

UNIT                          : 6                              

TAJUK                       : Bersihkan diri           

OBJEKTIF                 : Pada akhir pengajaran, murid dapat:

1.      Mendengar dan mengecam perkataan yang berkaitan dengan anggota badan dan bukan anggota badan.

2.      Menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang didengar dengan betul dan tepat

3.      Memahami dengan memberi makna perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan sebutan yang betul

 

PENGETAHUAN SEDIA ADA: Murid-murid tahu tentang menjaga kebersihan melalui                                                                    pendidikan awal di rumah.

 

KONSEP:Menghubungkait, menjana idea, memadankan

 

BAHAN: Benda maujud, Gambar anggota badan, kad perkataan dan lembaran kerja

 

NILAI: Kebersihan, Tanggungjawab, Menghargai, Bersyukur

 

KEMAHIRAN: Kemahiran Berfikir- mengumpul dan mengelas

 

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
 
 
Set Induksi
(5 Minit)
Menyanyi lagu ”bangun Pagi”
1.Guru memperdengarkan lagu bangun pagi melalui radio
2. Guru mengaitkan lagu dengan tajuk pelajaran.
Murid-murid mendengar sambil menyanyi bersama-sama.
 
Perkembangan
 
 
 
Langkah 1
(5 minit)
Nama-nama anggota badan.  Contoh:
Tangan, leher, mata, dahi, hidung, perut, mulut, badan, kaki dan jari.
 
 
Guru menamakan anggota badannya kepada murid dan murid mendengar dengan teliti
 
Murid diminta menyebut semula anggota badan yang disebut oleh guru secara individu, kumpulan atau kelas
 
 
 
 
 
 
 
Langkah 2
(5 minit)
Menyebut dan mengecam perkataan yang berkaitan dengan anggota badan
Guru menyebut perkataan yang berkaitan dengan anggota badan yang ditunjukkan.
 
Murid menyebut semula perkataan yang berkaitan anggota badan ditunjukkan sambil mengecam perkataan yang didengar lalu menyentuh bahagian badan masing-masing
Secara kelas, kumpulan dan individu.
 
 
 
 
 
 
Langkah 3
(15 minit)
Mengeja dan membaca kad perkataan yang terdiri daripada suku kata tebuka dan tertutup bagi nama-nama anggota badan
Guru mengeja dan membaca beberapa perkataan tentang nama-nama anggota badan (Suku kata terbuka dan tertutup)
1. Murid mengeja dan membaca mengikut bacaan guru.
2. Murid membezakan perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup
 
 
 
 
 
 
Langkah 4
(10 minit)
 
Cara-cara menjaga kebersihan diri dan peralatan yang selalu digunakan
1. Guru menerangkan kepada murid bagaimana cara mereka menjaga kebersihan diri di rumah dan  peralatan yang selalu digunakan untuk menjaga kebersihan
2. Guru memperlihatkan kepada murid gambar-gambar yang berkaitan dengan amalan menjaga kebersihan diri.
1. Murid menyebut  semula cara-cara menjaga kebersihan diri dan peralatan yang selalu gunakan untuk menjaga kebersihan
2. Murid diminta memadankan gambar dengan perkataan yang sesuai.
 
 
 
 
 
 
Pentaksiran
(15 minit)
1. Menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup
2. Menulis perkataan yang disebut dengan ejaan yang betul.
Guru mengarahkan murid membaca dan menulis semula perkataan yang dibaca oleh guru.
1. Murid menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup
2. Murid menulis perkataan yang disebut dengan ejaan yang betul.
 
Penutup
(5 minit)
- Ulasan guru
- Menyanyi lagu bangun pagi
Guru memberi ulasan dan nasihat kepada murid.
Murid menyanyi bersama-sama
 

Refleksi:





 
 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

      Mata Pelajaran       : Bahasa Melayu
Tahun/Kelas           : 3
Bilangan Murid      : 12 orang
Tajuk                      : Hadiah Hari Lahir
Tarikh                     : 10 Oktober 2012
Tema                       : Masyarakat Penyayang
Objektif                  : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:
                                  1)Menyatakan tarikh lahir masing-masing secara lisan
                                  2)Membaca petikan dengan sebutan yang sesuai
                                  3)Menulis lima ayat tunggal berdasarkan gambar di lembaran kerja
                    
Hasil Pembelajaran:
1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila                  
 Aras 1  Mendengar ungkapan untuk memberikan maklum balas.
 
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi   dan  memahami
perkara yang dibaca.
Aras 1 Membaca dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk
dengan sebutan yang betul.

 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan tulisan cantik
Aras 1 Membina ayat tunggal daripada perkataan yang diberi dengan tulisan yang cantik.
      Kemahiran Bahasa : Mendengar, membaca dan menulis.
Sistem Bahasa        : Kosa Kata : memberikan, membawa-kata kerja
Ilmu                        : Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual
Nilai                       : Kasih sayang, menghargai, bekerjasama,
                                 hormat-menghormati, bertanggungjawab dan bersyukur
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir               : Meramal, membuat inferens, menjana idea, menghubungkait
Kemahiran Belajar               : Mencatat dan melaporkan maklumat
Kecerdasan Pelbagai            : Kecerdasan interpersonal
Pengetahuan Sedia Ada       :  i.   Murid pernah menghadiri majlis hari lahir  teman mereka.
                                               ii.   Murid pernah meraikan sambutan hari lahir di rumah.

Isi Pelajaran
Akitviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
 
Set Induksi  (5 minit)
Bersoal jawab mengenai benda di dalam kotak:
Apakah benda yang kamu dengar di dalam kotak ini?
 
1.Murid diperdengarkan bunyi benda yang  terdapat di dalam kotak.
2.Guru memberikan gambaran benda tersebut dengan menyampaikan serangkap pantun.
3.Guru mengaitkan benda yang terdapat di dalam sebuah kotak dengan tajuk pelajaran yang diajar.
 
Pantun Teka-teki
 
Nilai: Hormat-menghormati
 
Kemahiran: Berfikir
 
Langkah 1 (5 minit)
Bacaan petikan
 
 
 
 
 
 
1.Murid membaca petikan dengan sebutan yang betul.
 
2.Guru bersoal jawab bersama murid tentang petikan yang telah dibaca.
 
 
Kaedah: Sumbangsaran
Nilai: Bekerjasama
Kemahiran: Kecerdasan pelbagai
 
 
Langkah 2 (6 minit)
Murid melengkapkan kad hari lahir dalam kumpulan masing-masing.
 
1.Guru mengedarkan   kad manila dan kad . perkataan kepada setiap kumpulan.
2. Murid diminta melengkapkan kad perkataan yang telah disediakan sehingga menghasilkan sebuah kad hari lahir.
3.Seorang wakil murid dari setiap kumpulan akan menunjukkan kad ucapan dan membaca ucapan ringkas yang telah ditulis dalam kumpulan masing-masing.
4.Guru menyemak kad hari lahir yang telah siap dibina.
5.Guru menunjukkan gambar kek dan suasana majlis sambutan hari lahir.
6.Guru bersoal jawab bersama murid tentang gambar yang ditunjukkan.
 
Kaedah: Kecerdasan pelbagai, sumbangsaran
 
Nilai: bekerjasama
 
Kemahiran: Pembelajaran kontekstual, konstraktivisme
 
 
 
 
 
 
 
Langkah 3 (5 minit)
Murid membina dua ayat tunggal atau ayat majmuk di lembaran kerja yang disediakan.
 
1.Guru meminta ketua kumpulan mengedarkan lembaran kerja.
2.Murid dikehendaki membina dua ayat tunggal atau ayat majmuk dengan menggunakan kata kerja yang disediakan. Murid juga membina ayat berpandukan gambar yang terdapat di dalam lembaran kerja secara berkumpulan.
3.Murid menulis dua ayat yang telah siap dibina di ruangan papan putih yang disediakan mengikut kumpulan masing-masing.
 
 
Kaedah: Sumbangsaran
 
Nilai: Bekerjasama
 
Kemahiran: Kecerdasan Pelbagai, Kemahiran Berfikir
 
 
 
Langkah 4 (5 minit)
-lagu Selamat Hari Lahir
 
 
1.Murid menyanyi lagu ‘Selamat Hari Lahir’beramai-ramai (versi lagu Selamat Hari Jadi).
2.Guru memberikan hadiah sebagai hadiah hari lahir kepada semua murid.
 
Kaedah: Nyanyian
 
Nilai: Hormat-menghormati, bersyukur, kasih-sayang
 
Kemahiran: Pembelajaran kontekstual
 
Penutup (4 minit)
-latihan kerja rumah
 
1.Guru memberikan kerja rumah kepada semua murid.
2.Guru memberitahu murid bahawa latihan kerja rumah akan dihantar pada hari esok.
 
 
Kaedah: Sumbangsaran dan latih tubi
Nilai: Berusaha, hormat-menghormati
Kemahiran: Kecerdasan Pelbagai,
Kemahiran berfikir



 

4 comments:

  1. Menjaga kebersihan adalah penting dalam kehidupan kira seharian. Tahniah cikgu, satu pengajaran baik yang perlu diterapkan kalangan murid-murid. Amin......

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    Kebersihan amat penting pada semua orang.Pengajaran yang cikgu sampaikan memang sesuai sekali untuk murid Tahun Satu.
    Tahniah cikgu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam...Terima kasih cikgu sesungguhnya kebersihan amat penting bukan sahaja untuk kebersihan diri malah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sihat.

      Delete
    2. Salam,
      Bersua lagi,
      Betul..Betul..Betulll
      Saya setuju dengan pandangan cikgu Faridah.

      Delete