Aktiviti Sekolah

Budaya Membaca

 
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Ia bertujuan mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan Pusat Sunber Sekolah sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat di kalangan murid.
        SK. Berangkok, Kuala Penyu telah berjaya mengadakan Kem Membaca 1Malaysia walaupun suasana aktiviti dijalankan secara sederhana sahaja. Penglibatan guru, murid dan warga sekolah amat menggalakkan. Pembelajaran yang sihat menjadikan murid terlibat aktif dalam setiap program p&p yang dijalankan.
 
 
 
 
Penghargaan di Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah
 
 
 
 
 
 
 
Sudah menjadi kebiasaan pada setiap hujung tahun semua murid, guru dan ibu bapa berkumpul menyaksikan kejayaan masing-masing. Bagi yang berjaya teruskan usaha dan kepada yang kurang bernasib baik usaha lagi kerana kejayaan sentiasa menanti sekiranya ada usaha dan keyakinan untuk berjaya.
 

4 comments:

  1. Salam,
    Syabas Cikgu Faridah, satu aktiviti yang mantap. Mmbaca Budaya Ilmu.

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam...Terima kasih setiap sekolah dikehendaki menganjurkan Kem Membaca 1 Malaysia. Alhamdulillah dapat juga kami melaksanakan Kem tersebut dengan sempurna.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ...
    Tahniah kerana melaksanakan aktiviti dengan jayanya...

    ReplyDelete