Nota

1. Contoh Lembaran Bacaan : MASYARAKAT PENYAYANG
 
 
Mulia Sungguh Hati Adib
 
 
        Adib berjalan kaki pulang dari kedai. Tiba-tiba Adib terdengar bunyi burung. Bunyi itu datangnya dari arah semak berhampiran. Tanpa membuang masa, Adib terus menghampiri kawasan semak itu. Adib ternampak akan seekor burung. Burung itu tidak dapat terbang kerana kepaknya luka.
        
          Adib berasa kasihan akan burung itu. Adib pun membawa burung itu pulang ke rumahnya. Setelah tiba di rumahnya, Adib menceritakan peristiwa yang berlaku kepada ibunya. Adib turut meminta izin ibunya untuk memelihara burung itu. Mula-mula, Adib menyapu ubat pada kepak burung itu. Kemudian, Adib memberinya makan dan minum air. Selepas itu, barulah Adip memasukkan burung tersebut ke dalam sangkar.
         
          Setelah beberapa hari dirawat oleh Adib, burung itu pun sembuh. Adib yakin bahawa burung itu pasti mahu hidup bebas seperti burung-burung yang lain juga. Oleh itu, Adib membuat keputusan untuk melepaskan burung tersebut. Ibu dan bapa Adib bangga akan tindakannya itu. 
 
 
2. SAJAK
 
 
Adikku Sayang
 
Adikku sayang,
dahulu tubuhmu tidak bermaya,
penyakit jantung menjadi punca,
seluruh keluarga berasa duka.
 
Adikku sayang,
kini deritamu sudah berlalu,
tidak kedengaran lagi suara tangisanmu,
lena sekali kau beradu,
di atas pangkuan ibu.
 
Wahai hartawan ternama,
terima kasih tidak terhingga,
atas bantuan yang kau hulurkan,
membiayai kos pembedahan adikku.


3. PANTUN

    i. Pantun Membaca

   
 
 
   
    Budak-budak berkejar-kejar,
    Rasa gembira bermain di sana,
    Kalau kita rajin belajar,
    Tentu kita akan berjaya.

    Anak muda pulang ke desa,
    Ibu dan ayah lama menanti,
    Warga membaca tak buang masa,
    Khutub khanah teman sejati.

    Pohon pedada di dalam taman,
    Jadi idaman si anak rusa,
    Marilah anakanda marilah teman,
    Kita membaca sepanjang masa.


    ii. Pantun Nasihat

 
 
     Jikalau tuan mengangkat peti,
     Tolong masukkan segala barang,
     Jikalau anak-anak bersatu hati,
     Kerja yang susah menjadi senang.
 
     Sungai kecil sungai besar,
     Memberi manfaat pada manusia,
     Dengan ibu bapa janganlah kasar,
     Nasihat mereka ikutlah sentiasa.
 
     Hendak belayar ke Teluk Betong,
     Sambil mencuba labuhkan pukat,
     Bulat air kerana pembetung,
     Bulat manusia kerana muafakat.
 
     
4. TANDA BACA
 
  • Tanda baca digunakan untuk memberi isyarat atau tanda kepada pembaca supaya membaca dengan nada dan intonasi yang betul.
  • Tanda baca dan penggunaannya dalam ayat:

          i) Huruf Besar
  • Digunakan pada permulaan ayat atau selepas tanda noktah
          Budak lelaki itu terjatuh ke dalam longkang. Dia bermain di tepi
          longkang  bersama beberapa orang rakannya.
  • Digunakan pada huruf pertama bagi semua kata nama khas
          Cikgu Harun ialah guru mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah
          Aidil.
 
         ii) TANDA NOKTAH/TITIK(.)
  • Digunakan untuk mengakhiri sesuatu ayat yang bukan pertanyaan atau seruan
          Ainol dan rakan-rakannya bermain wau di padang.

         iii) TANDA KOMA(,)
  • Digunakan untuk memisahkan unsur-unsur yang sama dalam sesuatu ayat
          Puan Hamidah membeli sayur kangkung, bayam, kubis, sawi dan tauge
          di pasar.
  • Digunakan selepas kata seruan dalam ayat seruan
          Wah, bijaknya budak perempuan itu!

          iv) TANDA SOAL/TANYA(?)
  • Digunakan di hujung ayat tanya
          Siapakah yang menangkap pencuri itu semalam?

          v) TANDA SERU(!)
  • Digunakan di hujung ayat seruan
          Oh, rupa-rupanya kamu yang menyelongkar laci saya!

          vi) TANDA PETIK(" ")

          Digunakan untuk menulis cakap ajuk
  • Digunakan untuk menyambung unsur-unsur kata ganda
          "Emak dan ayah berasa genbira jika kamu sentiasa menghormati kami,"
          kata Puan Zaleha kepada anak-anaknya.

          vii) TANDA SEMPANG(-)
  • Digunakan untuk menyambung unsur-unsur kata ganda
          Majalah-majalah dan surat khabar lama itu dihantar ke pusat kitar
          semula.
 
         

        
        













7 comments:

  1. Kesalahan tanda baca paling banyak dilakukan oleh murid saya..terima kasih di atas perkongsian info ini.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas perkongsian nota tanda baca cikgu.Ia dapat membantu saya dalam pengajaran jawi.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cikgu...
    Satu info yang boleh dijadikan bahan rujukan.
    Teruskan usaha yang cemerlang ini.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cikgu
    Silalah melawati blog saya.
    http://pjjct.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam, Terima kasih cikgu Sitti...Nota yang diberi hanyalah sebagai rujukan. Cikgu boleh mengambilnya sebagai panduan untuk kita sama-sama memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

      Delete