Sunday 18 November 2012

Guru sebagai Pendidik


   



 
         Guru harus berperanan sebagai agen perubahan dalam sistem pendidikan di mana ia harus mengubah daripada gaya pengurusan dan kepimpinan yang bersifat autokratik kepada demokratik. Peranan guru sebagai agen perubahan perlu berasaskan perkara-perkara berikut:

1. Mengubah daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi pemusatan murid.
2. Guru mengamalkan sifat penyayang terhadap murid, rakan sejawat, ketua, staf sokongan dan sekolah.
3. Guru juga perlu bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan.
         Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran juga menggalakkan murid mencari maklumat tambahan melalui teknologi internet. Ini dapat melatih mereka mengadaptasi dengan kemajuan dan perubahan yang berlaku mengikut peredaran semasa. Selain itu,guru juga perlu mengamalkan sikap penyayang. Hal ini kerana, kanak-kanak lebih tertarik untuk berdamping dengan guru yang mempunyai sikap ini memandangkan guru merupakan orang yang kedua rapat selain ibu bapa mereka. Bukan itu sahaja, guru yang penyayang ini mampu membuat kanak-kanak lebih memberi perhatian serta tumpuan terhadap sesi pembelajaran yang berlangsung. Ini membolehkan sesi pengajaran dapat dijalankan dengan jayanya.

2 comments:

  1. Setuju dengan hasil tulisan tangan cikgu...guru harus memiliki sikap kreatif dan inovatif selain mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu Jupinah. Pandangan dan ulasan membina anda amatlah dihargai.

      Delete