1. Mengubah daripada strategi berpusatkan guru kepada
strategi pemusatan murid.
2. Guru mengamalkan sifat penyayang terhadap murid, rakan
sejawat, ketua, staf sokongan dan sekolah.
3. Guru juga perlu bersikap terbuka secara proaktif dan
bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan.
Selain itu, proses pengajaran dan
pembelajaran juga menggalakkan murid mencari maklumat tambahan melalui teknologi
internet. Ini dapat melatih mereka mengadaptasi dengan kemajuan dan perubahan
yang berlaku mengikut peredaran semasa. Selain itu,guru juga perlu mengamalkan
sikap penyayang. Hal ini kerana, kanak-kanak lebih tertarik untuk berdamping
dengan guru yang mempunyai sikap ini memandangkan guru merupakan orang yang
kedua rapat selain ibu bapa mereka. Bukan itu sahaja, guru yang penyayang ini
mampu membuat kanak-kanak lebih memberi perhatian serta tumpuan terhadap sesi
pembelajaran yang berlangsung. Ini membolehkan sesi pengajaran dapat dijalankan
dengan jayanya.